Thursday, October 15, 2009

RAHSIA MENJADI JUARA CATUR NO2

NO 2
SETIAP PERGERAKAN ADA "BACK UP", "BACK UP" DAN "BACK UP"
Kenapa Juara Catur "terpandang" dikalahkan oleh Juara Catur "tak terpandang" ?
SEBAB UTAMANYA ialah kerana Juara Catur "terpandang" hanya membina "1 back up". Sebaliknya, Juara Catur "terpandang" membina "3 back up" setiap kali membuat "serangan" ke atas lawan. Bayangkan "1 back up" je yang dibina anda. Apabila diserang oleh senjata-senjata seperti "pisau" , "pistol" dan "bom", apa jadi... Tidak sampai 1 SAAT, anda akan mati. Ye lah "diserang" bertubi-tubi tabpa mengenal penat jemu. Siapa yang sanggup bertahan menerima "serangan" sebegini ? Hanya mereka yang SANGGUP membina "3 back up" je yang TERSELAMAT. Itu pasal Juara Catur "terpandang" mengalami kejutan apabila dikalahkan oleh Juara Catur "tak terpandang". Yelah... Sebelum ini, biasa menang. Tiba-tiba-tiba jer kalah apabila "diserang". Nak "serang" tak dapat pasal ada "3 back up", nak bertahan tak kuat pasal ada "1 back up", jadi nak tak nak suka tak suka, terpaksa terima hakikat dikalahkan oleh Juara Catur "tak terpandang"
" Jika anda merasakan anda hebat kerana mempunyai "1 back up", anda sebenarnya telah silap. Pasal Juara Catur Dunia atau Komputer yang diprogramkan oleh Juara Catur Dunia seperti Richard Lang HANYA DAPAT DIKALAHKAN apabila anda memiliki "3 BACK UP". Dan apabila anda telah berjaya mengalahkan PAKAR-PAKAR CATUR ini bermakna anda dapat mengalahkan semua Juara-Juara Catur "terpandang" yang tampak hebat itu "
- sailorman
Apa "senjata-senjata" yang boleh dijadikan "back up" untuk menyelamatkan "king anda" ?
Didalam dunia catur saya, "senjata pisau" , "senjata pistol" dan "senjata bom" adalah "senjata-senjata" yang saya gunakan sebagai "back up". Kebiasannya "senjata pisau" menjadi "back up" kepada "senjata pistol". Kadang-kadang "senjata pistol" menjadi "back up" kepada "senjata bom". Jarang-jarang "senjata pistol" dan "senjata bom" menjadi "back up" kepada "senjata pisau". Semua ini bergantung kepada situasi "tujuan membunuh king lawan". Sebelum saya menerangkan lebih lanjut, macam mana menggunakan "senjata-senjata" ini bagi "memusnahkan pertahanan lawan" adalah lebih baik saya memperkenalkan anda apa itu "senjata pisau", apa itu "senjata pistol" dan apa itu "senjata bom". Kata orang-orang tua, tak kenal maka tak cinta. Bagi memastikan anda menyukai "senjata-senjata" ini, anda mesti kenal dahulu fungsi "senjata-senjata" didalam "memusnahkan pertahanan lawan" dan sekaligus "membunuh king lawan".
"SENJATA PISAU"
"Senjata pisau" yang saya maksudkan disini adalah buah catur yang berada dihadapan sekali "pertempuran". Ia dikenali sebagai "soldier". Jangan pandang rendah "soldier-soldier ini. Kerana ada ketikanya ia boleh membunuh "senjata pistol" dan "senjata bom" lawan dengan menggunakan strategi tertentu. Tak percaya ? Anda tidak akan percaya selagi anda tidak mengalaminya sendiri. "soldier-soldier" ini apabila digabungkan dengan "taktik gerila" ia boleh "membunuh king lawan". Begitu juga apabila "soldier-soldier" ini digabungkan dengan "taktik serang hendap" ia boleh "memusnahkan pertahanan lawan". Dan jangan merasa pelik apabila anda dapati "soldier-soldier" ini bergabung membentuk satu formasi "taktik sarang labah-labah" sehingga menyebabkan lawan "tidak dapat bergerak" akibat "melekat sendiri". Itulah antara kehebatan-kehebatan "soldier-soldier" yang saya gelar sebagai "senjata pisau" yang ramai Juara-Juara Catur "terpandang" tidak tahu. Ada "8 soldier" yang anda miliki setiap kali "pertempuran". Dan "setiap soldier" mesti dihargai kerana ia memainkan peranan penting didalam "strategi bertahan" @ saya gelar sebagai "back up", "back up" dan "back up". Kesilapan utama Juara-Juara Catur "terpandang" adalah memandang remeh terhadap "8 senjata pisau" yang mereka miliki itu. Jadi, tidak mustahilah mereka dikalahkan oleh Juara Catur "tak terpandang".
"SENJATA PISTOL"
Apa pula "senjata pistol" ? Tak lain dan tak bukan, ia adalah "panglima-panglima" yang anda miliki bagi "mempertahankan king anda". Ada "7 senjata pistol" yang anda miliki. Bermakna ada "7 jenis peluru serangan" berbeza. Keupayaan anda mengenali "kelebihan-kelebihan dan 7 jenis peluru serangan" inilah yang menentukan "jangka hayat king anda" walaupun jarang-jarang berlaku "senjata pisau" lebih hebat daripada "senjata pistol". "Senjata Pistol No 1" dikenali sebagai "cursor". Anda memiliki "2 senjata pistol cursor" yang berkekuatan hampir menyamai separuh kekuatan "senjata bom" bergantung keupayaan anda mengenali kelebihan-kelebihannya. "Senjata Pistol No 2" pula adalah "knight" atau kata budak-budak yang baru nak belajar main catur, dipanggil "kuda". Anda memiliki "2 senjata pistol knight" yang boleh digunakan untuk "membuat helah" sebelum "membunuh king lawan". Kadang-kadang ia boleh dijadikan "senjata pistol Pembunuh Upahan" terhadap "king lawan" sehingga menyebabkan satu situasi lawan membunuh "senjata pistol knight" terlebih dahulu sebelum "membuat serangan". Pasal apa... Pasal tak nak menjadikan "king" mereka menjadi "mangsa pembunuh upahan". Ada ketikanya, "senjata pistol knight" ini dijadikan "perisai" untuk menahan "serangan" daripada "senjata bom" bagi memastikan "senjata bom" tidak membuat "sebuah letupan" yang boleh mengorbankan "king mereka". "Senjata Pistol No 3" adalah dikenali sebagai "bishop". Anda memiliki "2 senjata pistol bishop" bagi dijadikan "back up" atau "pemusnah pertahanan lawan". Kekuatan "senjata pistol bishop" ini hampir menyamai separuh kekuatan "senjata bom".
Kadang-kadang apabila "senjata pistol bishop" digabungkan dengan "senjata pistol cursor" menyebabkan "senjata-senjata" pihak lawan tidak dapat membuat "serangan" atau "pertahanan". Jarang-jarang apabila "senjata pistol bishop" digabungkan dengan "senjata pistol knight" dan "senjata cursor" atau "senjata pisau" sehingga menyebabkan "king selamat" walau apa jua pun berlaku. Kerana pada peringkat ini, anda telah mempunyai "3 SENJATA PISTOL / PISAU" sebagai "3 back up". Secara ringkasnya, anda boleh lihat gambaran ringkas yang saya lukiskan dibawah :
  • "Senjata Pisau" @ "Senjata Pistol Bishop" = 1 BACK UP
  • "Senjata Pistol Bishop" + "Senjata Pistol Knight" @ "Senjata Pistol Cursor" = 2 BACK UP
  • "Senjata Pistol Knight" + "Senjata Pistol Bishop" + Senjata Pisau Cursor" = 3 BACK UP
- sailorman
"SENJATA BOM"
Akhir sekali, anda mesti kenali "Senjata Mesin Pembunuh No.1" atau lebih dikenali sebagai "Senjata Bom". Di dalam permainan catur, "senjata bom" lebih dikenali sebagai "queen". Anda hanya mempunyai "1 queen" sahaja. Walaupun begitu, anda jangan merasa pelik dengan kelebihan-kelebihan "senjata bom" ini. Kebanyakan "serangan" atau "pertahanan" pihak lawan akan "musnah" apabila "diserang" oleh "senjata bom" ini. Pasal apa saya panggil "queen" sebagai "senjata bom" ? Pasal... Tiada yang terselamat apabila diserang oleh "senjata bom". Kerana kekuatannya begitu besar dan hebat, maka tidak hairanlah ia lebih dikenali sebagai "senjata mesin pembunuh no 1".
Hanya segelintir (1 %) sahaja yang menyedari bahawa "senjata bom" boleh dimatikan oleh "senjata pistol" atau oleh "senjata pisau" anda sekalipun. Jadi, jangan takut apabila "senjata bom" anda "terkorban". YANG PENTING "pengorbanannya berbaloi" atau boleh menyebabkan "king lawan dibunuh" oleh "senjata pistol" atau "senjata pisau" yang anda masih miliki.
" Kenapa Juara-Juara Catur "terpandang" menjadi "tewas lebih awal" apabila "senjata bom" mereka mati lebih awal daripada pihak lawan ?
Pasal mereka tidak tahu menggunakan sepenuhnya "pengorbanan" yang dilakukan oleh "senjata bom". Pasal mereka tidak memanfaatkan sepenuhnya "senjata pisau" dan "senjata pistol" yang masih mereka miliki. Pasal mereka tidak tahu "taktik mematikan senjata bom" lawan. Pasal mereka tidak tahu "taktik menyebabkan senjata pistol lawan tidak berfungsi". Jadi, tidak hairanlah kenapa ini semua berlaku.
Didalam dunia catur saya juga, "senjata bom" juga dikenali sebagai "senjata mesin pembunuh no 1" bagi menghuru-harakan "pertahanan" lawan, bagi "membuat serangan bertalu-talu tanpa bagi lawan bernafas 1 saat pun ( akan dibincangkan pada masa depan, tunggu tau... ) dan kadang-kadang "dikorbankan" bagi memastikan "senjata pisau" ditukar menjadi "senjata bom" yang baru. Semua ini memerlukan STRATEGI dan TAKTIK. Dan anda sangat beruntung kerana berada dalam laman blog yang ditulis oleh Juara Catur "tak terpandang" ini.
" STRATEGI dan TAKTIK menggunakan "jenis-jenis senjata" yang dimiliki merupakan RAHSIA MEMBUAT PERTAHANAN KUKUH @ MEMBUAT SERANGAN PADU dan sekaligus "MEMBUNUH KING LAWAN" dengan jayanya "
- sailorman
DIBAWA KHAS OLEH : http://www.e-potion2u.biz/?ref=sailorman

No comments: