Tuesday, October 13, 2009

BAGAIMANA MENJADI JUARA CATUR

RAHSIA MENJADI JUARA CATUR


Tahukah anda sebenarnya permainan catur merupakan salah satu permainan di dunia yang MAMPU MENAJAMKAN minda anda. Sukan yang MENCABAR kerana ia memerlukan STRATEGI tertentu bagi menjuarai permainan. STRATEGI yang saya ibaratkan sebagai "SENJATA TERKUAT" di mana apabila "SENJATA TERKUAT" ini digunakan dan diamalkan oleh seseorang pemain catur, nescaya MAMPU menumbangkan juara-juara catur. Malahan program2 catur yang dicipta oleh juara catur dunia sekalipun.
Tak Percaya? Memang benar... Pada mulanya saya pun menyangka demikian. Tetapi apabila saya KERAP KALI BERJAYA MENEWASKAN komputer catur yang diprogramkan oleh Juara Catur Dunia 10 kali iaitu Richard Lang pada LEVEL 9 (level paling sukar), semangat dan keyakinan saya terhadap "SENJATA TERKUAT" berkenaan semakin tinggi. Ini kerana bermodalkan "SENJATA TERKUAT" saya juga pernah menjadi Johan dalam pertandingan DAM AJI NEGERI KELANTAN peringkat negeri. Dan pernah mengalahkan Juara Catur daripada Filipina sewaktu berkunjung ke Hawaii, iaitu Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat secara tak langsung.
SIAPAKAH SAYA?
Saya bukan orang terpandang. Tak terkenal pun. Tapi saya merupakan satu-satunya orang PASIR MAS, KELANTAN pertama yang pernah sampai di lebih 10 buah negara. Antaranya seperti United States (Hawaii & Los Angeles), Australia (Darwin), Papua New Guinew (Port Moresby), France (Cherbour), Netherland (Rotterdam), Fiji (Port Suva), Vanuatu (Port Vila), Senegal (Dakar), Panama (Port Of Balboa), Trinidad & Tobago, Indonesia (Surabaya, Medan, Belawan), Brunei (Bandar Seri Bagawan) dan banyak lagi. Jadi saya boleh dikatakan "Round The World" jugalah macam Datuk Azhar dapat. Tul Tak? Tapi itu semua tak penting.
Yang PALING PENTING sekarang, anda akan mendapat RAHSIA "SENJATA TERKUAT" itu secara PERCUMA dalam laman blog ini. Mengapa saya bagi PERCUMA? Pasal saya mahu lebih ramai lagi juara-juara catur yang "tak terpandang" tapi mampu mengalahkan yang "terpandang" dilahirkan. Sekurang-kurangnya ini merupakan sumbangan saya kepada dunia catur.
" Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain atas kehadirannya "
- Sabda RASULLULLAH SAW

Demi mengikuti sunnah Rasulullah SAW, saya akan berkongsi "SENJATA TERKUAT" ini dengan anda. Buat mukadimah, saya akan senaraikan dahulu "5 SENJATA TERKUAT" yang saya maksudkan itu dibawah. Pada masa akan datang lu diizinkan Allah SWT, maka saya akan huraikannya pula satu persatu.
5 SENJATA TERKUAT MENJADI JUARA CATUR YANG MESTI ANDA KETAHUI


  1. SETIAP PERGERAKAN ADA TUJUAN


  2. SETIAP PERGERAKAN ADA "BACK UP", "BACK UP" DAN "BACK UP"


  3. HARGAI SETIAP NYAWA "ASKAR" DAN "PANGLIMA" YANG DIMILIKI


  4. FOKUS SASARAN UNTUK "SERANG" DAN "BUNUH" "KING LAWAN" SEKALIPUN TERPAKSA MENGORBANKAN "QUEEN" DAN BANYAK "PANGLIMA" SERTA "ASKAR"


  5. JANGAN BAGI "KING LAWAN" BERNAFAS SATU SAAT PUN BILA BERPELUANG "CHECK MATE"



No comments: