Friday, October 30, 2009

RAHSIA TAKTIK "CHECKMATE NON-STOP"

NO 2
TAKTIK "CHECKMATE NON-STOP"

Apa kaba semua? Harap sihat-sihat belaka. Lu ikutkan saya dah nak tidur sekarang, tapi bila difikirkan ramai yang tertunggu-tunggu rahsia no.2 ni iaitu rahsia untuk mengalahkan juara catur yang sangat kuat, terus saya batalkan niat itu. PASAL APA? Pasal saya tak nak pandai sore-sore. Saya tak nak ilmu ni "terkubur" begitu sahaja. Biar ramai yang pandai. Biar ramai yang jadi juara catur. Itu yang saya harapkan. Ok.. Tanpa buang masa, saya akan ceritakan kepada anda tentang bagaimana taktik "checkmate non-stop" ini digunakan, bila masa ia digunakan dan kenapa ia digunakan...
BAGAIMANA MELAKUKAN TAKTIK "CHECKMATE NON-STOP"

Untuk menggunakan taktik ini, anda MESTI menggunakan sepenuhnya "apa jua senjata yang masih ada". Kadang-kadang apabila saya bertemu lawan yang sangat hebat di mana peluang untuk menang telah tiada, tetapi peluang untuk seri tetap ada, saya akan menggunakan taktik ni. Untuk makluman anda, taktik ni BERBEZA tau dengan taktik "tak bagi lawan bernafas 1 saat pun" yang sangat hebat tu. Pasal dengan menggunakan taktik ni, 99% anda telah kalah, hanya 1% sahaja untuk anda seri. Menang jauh sekali. Jadi tujuan taktik ni direkacipta adalah UNTUK MENCIPTA SITUASI SERI ( draw material ). Bayangkan semua "senjata hebat" anda telah "dibunuh". Anda tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk berperang. Anda tidak mempunyai kelengkapan senjata yang mencukupi. Jadi, peluang anda untuk menang adalah jauh sekali. Tetapi seri tetap ada iaitu 1%. Jadi apa anda perlu buat untuk berhadapan dengan situasi sebegini ? Mudah jer... Gunakan taktik perang psikologi...
" Jangan fikirkan risiko 99% anda akan kalah, tapi fokuskan pada 1% untuk anda mendapatkan seri ( draw material ). Inilah taktik perang psikologi... "
- sailorman
Macam mana saya lakukan taktik ni ? PERTAMA, saya akan pastikan terlebih dahulu "senjata apa yang masih ada" untuk digunakan. KEDUA, saya akan gunakan sepenuhnya "taktik pengebom berani mati dengan menggunakan senjata-senjata yang ada" itu bagi memastikan "king saya" tidak dapat bergerak atau tidak dapat melangkah walau 1 saat pun. KETIGA, saya akan pastikan setiap pergerakan "senjata yang saya korbankan" itu akan membolehkan saya 'mencuri' masa 1 saat dari pergerakan lawan. KEEMPAT, apabila semua "senjata yang saya ada" tadi telah berjaya "dikorbankan", saya akan memastikan "king saya" telah berada dalam keadaan "terperangkap" dalam "senjata lawan" @ "tidak dapat bergerak" ATAU dalam istilah catur digelar DRAW MATERIAL (SERI). KELIMA, jika "king saya" tidak juga berada dalam keadaan "terperangkap" terpaksalah saya "menukar taktik non-stop" iaitu menggunakan "senjata bom queen" ( itupun jika ada ) dimana inilah tahap paling tinggi. Dengan menggunakan "taktik non-stop" ni saya akan membuat "check mate" ke atas "king lawan" setiap masa, setiap saat tanpa beri langsung peluang untuk lawan membuat sebarang pergerakan walaupun 1 saat atau 1 langkah. Biasanya, selepas saya berjaya membuat "check mate" berulang sebanyak 3 KALI, bermakna saya akan mendapat peluang kejayaan 1 % itu iaitu SERI @ DRAW MATERIAL.
" Menang yang sebenar bermakna anda TIDAK TAKUT KALAH. Tapi kalah yang sebenar pula bermaksud anda TAKUT MENCUBA. Jadi, fikir-fikirkanlah dimana anda berada... "
- sailorman

No comments: