Friday, October 16, 2009

RAHSIA MENJADI JUARA CATUR NO 3

NO 3
HARGAI SETIAP NYAWA "ASKAR" DAN "PANGLIMA" YANG DIMILIKI

Anda telah belajar tentang "senjata pisau", "senjata pistol" dan "senjata bom" kan. Jadi anda mesti dah tahu "kelebihan-kelebihan senjata" berkenaan. Jadi, kali ni saya nak terangkan lebih ditir mengapa "askar" yang saya panggil sebagai "senjata pisau" dan "panglima" yang lebih dikenali sebagai "senjata pistol" SANGAT PENTING didalam menyelamatkan nyawa "king anda". Kebanyakan Juara-Juara catur "terpandang" gemar memandang remeh "nyawa" senjata-senjata ini sewaktu "dikorbankan". Walaupun tidak semuanya begitu. Itu silap besar. Kerana "senjata pisau" dan "senjata pistol" adalah pasukan PERTAHANAN "king anda".

Jadi, apa yang dimaksudkan dengan "hargai setiap nyawa" ?

"Hargai setiap nyawa" disini bermaksud anda MESTI tidak mengorbankan "nyawa" setiap "senjata-senjata" yang anda miliki secara sia-sia. Contoh mudah. Anda saje-saje nak gerakkan "senjata pistol knight" bagi dibunuh oleh "senjata pistol bishop" oleh pihak lawan tanpa apa-apa tujuan. Ini silap besar. Kematian setiap "nyawa" semua "senjata-senjata" yang anda miliki MESTILAH bertujuan "membunuh king lawan". Ini baru DIBENARKAN. Atau sebagai "helah" untuk "mempercepatkan misi membunuh king lawan". Itu baru BETUL. Begitu juga dengan "senjata pisau" anda. Jangan "korbankan nyawa" mereka secara sia-sia. Kasihanilah mereka. Ingat !!! "Senjata Pisau" berada dihadapan sekali. So, banyak risiko "nyawa" mereka terbunuh terutama apabila "senjata pistol" @ "senjata bom" lawan mula membuat "serangan padu".

Bagaimana cara membuat "taktik hargai setiap nyawa" setiap "senjata-senjata" yang dimiliki dengan betul?

Tips untuk menggunakan "taktik hargai setiap nyawa" setiap "senjata-senjata" yang dimiliki dengan betul adalah dengan memastikan "senjata-senjata" anda terlebih dahulu "menyerang 1 saat lebih awal" daripada lawan. Maksudnya, anda terlebih dahulu "menyerang bertubi-tubi" lawan dengan menggunakan "senjata-senjata" yang dimiliki sebaik sahaja permainan bermula. Kerana risiko 95% anda kalah jika membenarkan lawan "menyerang" terlebih dahulu. Sebaliknya, risiko 99% anda menang apabila anda "menyerang" terlebih dahulu. Jadi, apa pilihan anda? 95% risiko anda kalah ATAU 99% risiko anda menang. Saya bukan cakap saja-saja. Ini berdasarkan fakta sewaktu saya mengalahkan "software komputer catur" yang dibina oleh Juara Catur Dunia 10 Kali iaitu Richard Lang ( level 9 ).

" Risiko 95% anda kalah apabila anda membenarkan lawan "menyerang" terlebih dahulu. Sebaliknya risiko 99% anda menang apabila anda "menyerang 1 saat lebih awal" daripada lawan. Jadi, tepuk dada tanya hati. Mana satu pilihan anda..."
- sailorman

Selepas membuat "serangan" terlebih dahulu, jangan pula lupa membuat "back up" , "back up" dan "back up" dengan menggunakan "senjata pisau" dan "senjata pistol". Kebanyakan Juara-Juara Catur "terpandang" suka membuat "serangan" seperti yang saya cakapkan ini, tetapi mereka terlupa untuk membuat "back up" , "back up" dan "back up". Itulah pasal "nyawa" setiap "senjata-senjata" yang mereka miliki begitu mudah "terkorban" terutama apabila lawan menggunakan "senjata bom". Jadi, sekali lagi saya tegaskan JANGAN ULANGI KESILAPAN INI. Kesannya boleh menyebabkan "nyawa " setiap "senjata" yang anda miliki "terkorban tanpa rela".

Seterusnya, apabila anda telah membuat "back up", "back up" dan "back up" PASTIKAN anda membuat "FOKUS SERANGAN YANG JELAS" iaitu "ke arah king lawan". Di mana sahaja anda bertindak atau apa yang anda nak gunakan "senjata" mana, "fokus serangan terlebih dahulu" iaitu "ke arah king lawan". Pada tahap ini, tidak kisah lawan nak menggunakan "senjata pisau" ker, "senjata pistol" ker malahan "senjata bom" sekalipun, anda tidak usah takut. Pasal apa? Pasal anda telah membuatkan "king lawan" menjadi huru-hara dan "hampir mati" dengan "membuat serangan bertubi-tubi" menggunakan apa jua "senjata" yang ada.

Kebiasaannya, pada peringkat inilah "senjata-senjata" yang anda miliki "terkorban". Tapi "pengorbanan" setiap "nyawa" adalah berbaloi. Pasal anda telah berjaya "menghuru-harakan" atau "hampir membunuh king lawan". Itulah gunanya mempunyai taktik "fokus serangan yang jelas". Kadang-kadang saya menggunakan "banyak senjata pistol" bagi "dikorbankan" agar "king lawan" dapat memasuki "perangkap sarang labah-labah" yang dibina oleh "senjata pisau". Di mana sekaligus saya 99% dah berjaya memenangi perlawanan. Kerana saya perlukan 1 saat sahaja untuk "membunuh king lawan" selepas sahaja "king lawan memasuki perangkap sarang labah-labah" yang saya bina. Jarang-jarang saya menggunakan "senjata bom" untuk "dikorbankan" bertujuan "menghelah king lawan" agar memasuki "perangkap lubang tikus" yang dibina oleh "king sendiri" + "senjata pisau". Untuk makluman anda, setakat ni, tiada lawan yang terselamat apabila memasuki "perangkap sarang labah-labah" atau "perangkap lubang tikus" yang saya bina walaupun lawan itu memiliki "banyak senjata pistol" malahan "senjata bom" sekalipun. Itu belum lagi saya gunakan "taktik tak bagi lawan bernafas 1 saat pun" ( akan dibincangkan pada masa akan datang. Tunggu tau... ). Jika menggunakan 2 perangkap tadi pun, 99% kemenangan berada di tangan anda. Apabila digabungkan dengan "taktik tak bagi lawan bernafas 1 saat pun", insyaAllah... 100% ANDA MENANG. Yelah anda telah menggunakan sepenuhnya "senjata-senjata" yang dimiliki. Tak kan menang punya lawan anda.

No comments: