Wednesday, October 28, 2009

RAHSIA TAKTIK "BUNUH"..."BUNUH"..."BUNUH"

NO.1
TAKTIK "BUNUH"..."BUNUH"..."BUNUH"

Sebelum saya menceritakan taktik No1 ini, terlebih dahulu saya mohon maaf kerana dah lama sangat tak menulis dalam blog ni. Sebenarnya dalam 10 hari ini, saya telah pergi ke Langkawi atas urusan kerja. So, tak dapatlah saya nak berkongsi rahsia-rahsia catur pada masa berkenaan. Harap anda semua bersabar. Ok... Kali ini, saya nak menceritakan pula tentang "RAHSIA MENGALAHKAN JUARA CATUR YANG SANGAT KUAT" melalui beberapa "strategi pemusnah" iaitu:

  • NO 1 = TAKTIK "BUNUH"..."BUNUH"..."BUNUH"


  • NO 2 = TAKTIK "CHECKMATE NON STOP"


  • NO 3 = TAKTIK "BERTAHAN"..."BERTAHAN"..."BERTAHAN"

Tapi buat masa sekarang, saya akan berkongsi rahsia no1 dahulu, iaitu "strategi bunuh..bunuh..bunuh". Jangan risau pada masa akan datang, saya akan menulis "2 TAKTIK" lagi tu. Pernah tak anda berlawan dengan juara catur yang sangat kuat? Golongan genius yang sehebat komputer catur? Mungkin pernah... Mungkin tidak pernah kan.. Tapi saya pernah. Masa kat Hawaii, United States ( masa saya pergi berlayar menggelilingi dunia dulu, ingat tak.. ) saya telah bertemu dengan Juara Catur dari Filipina, tapi beliau menetap di sana. Bayangkan... Walaupun saya mempunyai banyak "senjata pistol" dan "senjata bom" tetapi beliau masih dapat bertahan. Hampir 2 jam kami bertempur. Akhirnya saya terpaksa mengubah taktik permainan. Yelah... 95% saya "tampak" hampir kalah dalam perlawanan itu. Jika dibiarkan, memang boleh jadi "betul-betul kalah" tau jika lambat bertindak.
Apa taktiknya? Ya... Taktik "bunuh"..."bunuh"..."bunuh"... Dengan menggunakan taktik ni, saya mampu mengubah kekalahan menjadi kemenangan. 5% kemenangan tu saya boleh gunakan untuk menebus 95% kekalahan. Macam mana caranya? PERTAMA, anda mesti melihat dengan teliti "senjata lawan" apa yang paling kuat, paling agresif dan paling anda takuti? KEDUA, bila dah dikenal pasti, terus anda membuat "perangkap" atau terus "bunuh" sebaik sahaja berpeluang. Jangan bagi peluang 1 saat pun bagi "senjata" itu hidup. Terus "bunuh" dan baru boleh anda tumpukan pada serangan ke atas "king lawan". KETIGA, dengan berbuat demikian 95% kekuatan lawan anda akan "hilang". Dan kemenangan pasti menjadi milik anda.

" Ingat !!! Setiap satu senjata lawan yang anda berjaya bunuh memberi makna besar untuk kemenangan anda terutama apabila bertemu dengan Juara Catur yang sangat kuat dan hebat..."
- sailorman
Sebagai contoh, sewaktu saya berlawan dengan Juara Catur dari Filipina tadi, saya dapati "senjata pistol knight" beliau sangat kuat. Dan merupakan punca utama mengapa "pertahanan" saya hampir boleh ditembusi. Jadi, saya terus fokus untuk "bunuh" senjata lawan itu iaitu "senjata pistol knight" dengan menggunakan "senjata pistol bishop" saya. Prinsip saya mudah. 1 nyawa "senjata pistol bishop" yang saya korbankan bersamaan dengan 1 nyawa "senjata pistol knight" lawan. Kalau 2 "senjata pistol knight" lawan dapat saya "bunuh", bermakna "pertahanan" saya akan selamat daripada ditembusi. Memang benar... Dengan berbuat demikian, si Juara Catur dari Filipina itu dapat juga dikalahkan. Sampaikan beliau tertanya-tanya macam mana boleh jadi macam tu... Itulah hebatnya taktik "bunuh"..."bunuh"..."bunuh".. ni yang ramai tidak tahu
"Untuk menggunakan taktik bunuh...bunuh...bunuh... ini anda MESTI mempunyai SASARAN yang TEPAT dan dilakukan pada MASA yang TEPAT dengan menggunakan SENJATA yang TEPAT..."
- sailorman

No comments: