Saturday, October 17, 2009

RAHSIA MENJADI JUARA CATUR NO 4

NO 4
FOKUS SASARAN UNTUK "SERANG" DAN "BUNUH KING LAWAN" SEKALIPUN TERPAKSA MENGORBANKAN "QUEEN" DAN BANYAK "PANGLIMA" SERTA "ASKAR"

Sebelum ini, saya dah terangkan kepada anda serba sedikit tentang Rahsia No 4 ni dalam Rahsia No 3. Jadi, anda mesti telah mengenali apa itu "taktik perangkap sarang labah-labah", apa itu "taktik perangkap lubang tikus" kan. Di kesempatan ni, saya nak menerangkan lebih ditir kepada anda bagaimana perangkap-perangkap ini "bekerja" untuk anda. Jangan risau... Ilmu ni saya praktikkan sendiri dan terbukti berkesan. Tak cedok mana-mana pun. Pasal saya ni orang yang "tak terpandang". Tapi dah kerap kali mengalahkan Juara-Juara Catur yang "terpandang". Malahan berjaya mengalahkan program komputer catur yang dibina oleh Juara Catur Dunia 10 kali iaitu Richard Lang. Sekarang Rahsia No 4 ni saya nak kongsi dengan anda pula:

TAKTIK PERANGKAP SARANG LABAH-LABAH

Untuk menggunakan taktik ini, PERTAMA adalah anda MESTI BERANI MATI. Bukan saya suruh anda bunuh diri. Itu perbuatan salah disisi Islam. Maksud berani mati disini adalah ANDA MESTI menggunakan sepenuhnya pengorbanan yang dilakukan oleh "senjata pisau" dan "senjata pistol" anda. Apabila "senjata" anda mati ia bukan mati sia-sia. Ia mati bermakna. Kalau dalam dunia sebenar, ia dipanggil pengebom berani mati. Ok... Ada faham. Kalau nak lebih faham, kena buat praktikal dengan saya lah. Kadang-kadang pelajaran yang diajar dengan menggunakan pengalaman adalah lebih mudah difahami berbanding pengajaran dengan teori. Taktik sarang labah-labah adalah sejenis taktik yang saya bina bagi memastikan lawan tidak dapat menggerakkan langsung "senjata-senjata" yang mereka miliki. Jika "senjata pisau" lawan terperangkap, ia akan menjadi " senjata pisau tumpul". Jika "senjata pistol" lawan terperangkap, ia akan menjadi "senjata pistol tak berpeluru". Dan jika "senjata bom" lawan terperangkap, ia akan menjadi "senjata bom tak aktif @ meletup". Jadi, anda dapat bayangkan sendiri apa jadi jika semua "senjata" lawan tidak berfungsi. Ya.. Kesudahannya ia akan kalah. Hanya 1% sahaja yang akan terselamat. Bergantung kepada keupayaan lawan menggunakan sepenuhnya "senjata-senjata" yang masih berbaki. Itupun jarang-jarang berlaku.
TAKTIK PERANGKAP LUBANG TIKUS

Taktik perangkap lubang tikus pula adalah taktik yang saya bina apabila banyak "senjata pisau" dan "senjata pistol" atau "senjata bom" saya banyak terkorban. Taktik ini hanya sesuai apabila anda dapat memastikan lawan telah termakan "perangkap" yang anda bina dengan menggunakan "senjata bom" sebagai umpan. Ibarat kata pakar-pakar catur. Umpan besar diberikan kepada lawan. Apa anda fikir, jika lawan anda sanggup mengorbankan "senjata pistol" atau "senjata bom" kepada "senjata pisau" kepada anda? Mesti anda "bunuh" kan. Yelah makanan besar. Mesti kenyang. Tambah-tambah lagi, kalau lawan mengorbankan "senjata pistol kuda". Tapi ingat !!! Dalam dunia catur saya, situasi adalah berbeza. Apabila lawan makan "senjata pistol" atau "senjata bom" yang saya umpan, 99% saya akan menang. Jarang-jarang lawan tidak akan makan umpan yang diberikan. Sewaktu saya cuba mengumpan program komputer yang dibina oleh Juara Catur Dunia 10 Kali iaitu Richard Lang, komputer tidak mahu makan umpan yang dibagi. Liat sungguh. Macam tau-tau jer saya nak masukkan komputer ke dalam "perangkap lubang tikus". Jadi, saya menggabungkan dengan "taktik perangkap sarang labah-labah" untuk menipunya lagi. Hanya 1% nyawa komputer catur berkenaan terselamat. Jika tak berjaya juga, terpaksalah saya menggunakan "senjata" terakhir saya yang 100% berkesan. Setakat ni, komputer catur tak pernah menang bila "taktik tak bagi king lawan bernafas 1 saat pun" saya gunakan ( akan dibincangkan next time, tunggu tau... ). Dan seperti yang dijangka, KEMENANGAN yang saya peroleh. Itulah hebatnya "taktik tak bagi king lawan bernafas 1 saat pun" - taktik mesin pembunuh no 1 yang saya bina

No comments: