Saturday, October 31, 2009

RAHSIA TAKTIK "BERTAHAN".."BERTAHAN".."BERTAHAN"

NO.3
TAKTIK "BERTAHAN".."BERTAHAN".."BERTAHAN"..


Sekarang jam tangan casio MODEL DURO 200 yang saya pakai telah menunjukkan jam 2218H. Ok.. Sempat lagi untuk saya kongsi rahsia no.3 ni dengan anda semua. Untuk makluman anda, ketiga-tiga rahsia ni mempunyai kekuatan masing-masing. Dan ia sememangnya direkacipta untuk menghadapi lawan yang sangat hebat dan kuat. Bagaimana menggunakan taktik "bertahan".."bertahan".."bertahan".. ni ? Sabar.. Sabar.. Sabar.. Jangan kelam-kabut. Pasal rahsia no.3 ni direkacipta untuk orang yang suka main catur secara bertahan berbanding menyerang. Tapi apa yang saya akan ajar nanti, bukan main "bertahan" jer sepanjang permainan sampai terlupa perkara penting iaitu "menyerang" ke atas "king lawan". Maksud saya "bertahan secara bijak". Pernah tak anda melihat cerita Ong Bak yang dilakonkan oleh Tony Jaa ? Cuba anda perhatikan, sewaktu mula-mula diajak "bertempur" oleh lawan yang kelihatan agak kuat ( nama lawan beliau ialah si beruang besar kalau tak silap saya... ), beliau buat bodoh jer.

Walaupun ramai penonton begitu yakin si beruang besar itu sangat hebat dan kuat kerana baru sahaja menumbangkan lawan, tapi penonton tak kenal pun siapa Tony Jaa ketika itu. Jadi, Tony Jaa seolah-olah menjadi orang yang "tak terpandang" . Tony Jaa sanggup bersabar dengan kerenah si beruang besar. Inilah yang saya maksudkan dengan taktik bertahan tu. Akhirnya kerana hilang sabar, si beruang besar memandang remeh kepada Tony Jaa disebabkan beliau tidak menyahut langsung cabaran yang diberi. Hingga sampai satu peringkat, si beruang besar terus "cuba menyerang" Tony Jaa tanpa membuat persiapan yang sewajarnya.

Akibatnya TIDAK SAMPAI 1 SAAT dengan sekali hentakan lutut ke atas dada, si beruang besar terus "KO" ditumbangkan oleh Tony Jaa. Selepas itu, semua penonton terus "terngaga mulut" kerana sangat terkejut dengan teknik serangan itu. Ok... Berbalik kepada dunia catur pula, saya akan ajarkan anda taktik "bertahan"..."bertahan"..."bertahan" yang sebenar dimana ia boleh diibaratkan seperti "Teknik Serangan Selepas Bersabar" yang dilakukan oleh Tony Jaa. Sebenarnya, saya telah mengadaptasikan "Teknik Serangan Selepas Bersabar" yang dilakukan oleh pelakon kegemaran saya itu dalam dunia catur. Motivasinya - 1 saat dah boleh KO kan lawan.
BAGAIMANA MELAKUKAN TAKTIK "BERTAHAN".."BERTAHAN".."BERTAHAN"
Untuk makluman anda, taktik ni MESTI dilakukan pada AWAL-AWAL perlawanan lagi. Iaitu sewaktu step pertama "senjata" anda bergerak. Biasanya saya akan menggunakan "senjata pisau" yang berada di tengah-tengah sebagai "senjata pertama". Seterusnya, saya akan menyusun, "senjata pisau" yang lain kiri dan kanan seolah-olah membentuk "sebuah piramid". Biasanya, jika anda bertemu lawan yang sangat hebat dan kuat, dia akan "cuba meruntuhkan" piramid yang anda bentuk itu dengan menggunakan "senjata pisau" atau "senjata pistol knight". Pasal apa? Pasal dia tahu "pertahanan" yang membentuk sebuah "piramid" sangat-sangat kukuh dan sukar diruntuhkan. Jika anda tak percaya, cuba fikir kenapa masakan yang ditutup dengan tudung saji yang berbentuk piramid "lebih tahan lama" berbanding tudung saji yang berbentuk bulat. Itulah rahsia piramid yang ramai tidak tahu...
Seterusnya, jika anda dapati salah satu "senjata pisau" anda tidak berada di "tempat sepatutnya" ( tempat untuk membentuk piramid ), cepat-cepat gantikan dengan "senjata pisau" anda yang lain. Jika perlu, gunakan "senjata pistol bishop" atau "senjata pistol knight" sebagai "back up" ( ganti ). Ingat... Selagi "senjata-senjata" anda membentuk piramid, lawan hebat macam mana pun tidak akan dapat "tembusi" pertahanan anda. Itu pasal saya pernah cakap kita perlu 3 KALI "BACK UP". Satu "senjata" anda "dibunuh", anda ada lagi "senjata lain" untuk dijadikan "back up". Begitu juga jika "senjata" baru anda turut "dibunuh", anda ada lagi "senjata lain" untuk dijadikan "back up baru".
Lazimnya, apabila "pertahanan" kita tampak "kukuh" dan "sukar ditembusi", lawan anda "akan mudah" melakukan kesilapan. Seperti yang saya pernah cakap ( lu anda tak ingat, mesti anda baca blog ni lakar-lakar kan.. ), apabila LANGKAH PERTAMA anda sewaktu membuat "susunan pertahanan" telah silap ( susunan pertahanan tidak membentuk piramid ), anda 95% telah kalah. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri sewaktu berlawan dengan komputer catur LEVEL 9 yang dicipta oleh Richard Lang, Juara Dunia 10 KALI. Dan untuk membuat "susunan pertahanan " pada awal-awal permainan memerlukan kesabaran yang tinggi.
Akhirnya, apabila lawan anda cuba membuat "serangan", jadi anda MESTI gunakan kesemua taktik-taktik dan perangkap-perangkap yang saya ceritakan dahulu seperti :

  • PERANGKAP LUBANG TIKUS


  • PERANGKAP SARANG LABAH-LABAH


  • TAKTIK SETIAP PERGERAKAN ADA TUJUAN


  • TAKTIK BUNUH...BUNUH.. BUNUH.. APABILA BERPELUANG


  • TAKTIK BACK UP... BACK UP... BACK UP...


  • TAKTIK HARGAI SETIAP SENJATA YANG DIMILIKI


  • TAKTIK MENGGUNAKANNYA SEPENUHNYA SENJATA YANG DIMILIKI


  • TAKTIK TAK BAGI KING LAWAN BERNAFAS 1 SAAT PUN

InsyaAllah... Jika anda mengikuti saranan-saranan yang diberi ni, keupayaan IQ CATUR anda akan meningkat 1000% daripada asal. Pasal semua saranan yang dikongsi ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Dan tidak mustahil suatu hari nanti, anda berjaya mengalahkan ramai juara-juara catur "terpandang" sepertimana yang saya alami sendiri.

No comments: