Wednesday, October 14, 2009

RAHSIA MENJADI JUARA CATUR NO 1

NO 1
SETIAP PERGERAKAN ADA TUJUAN

Di dalam dunia catur, 1 SAAT @ 1 STEP pergerakan anda YANG PERTAMA akan menentukan masa depan perlawanan. Sama ada menang atau kalah. Dan langkah pertama ini MESTILAH betul kerana tersilap bergerak pada peringkat ini akan menyebabkan anda 95% telah kalah. Dan setiap pergerakan 1 STEP YANG PERTAMA ini bergantung kepada 1 STEP YANG PERTAMA yang digerakkan oleh pihak lawan. Sebagai contoh, pihak lawan anda menggerakkan "knight" sebagai 1 STEP YANG PERTAMA anda MESTI TAHU apa buah catur PERTAMA yang mesti digerakkan. Begitu juga, apabila pihak lawan menggerakkan "soldier" dari "port side" apa buah catur yang mesti anda gerakkan. Pendek kata, apa jua "senjata" yang pihak lawan gunakan, anda mesti tahu "senjata apa" pula yang mesti digunakan untuk "menangkis" serangan pihak lawan. Apabila anda yang terlebih dahulu menggerakkan 1 STEP YANG PERTAMA, anda tidak perlu risau untuk memikirkan "senjata" apa yang perlu dikeluarkan terlebih dahulu. Pasal itu adalah PILIHAN ANDA. Anda hanya perlu memikirkan "senjata apa" yang MESTI dikeluarkan bergantung kepada "senjata" pihak lawan.

Kadang-kadang didalam dunia catur, "senjata pisau" mampu mengalahkan "senjata pistol". Dan "senjata pistol" mampu mengalahkan "senjata meriam". Ianya bergantung kepada kepakaran anda menggunakan sepenuhnya "kelebihan-kelebihan" yang dimiliki oleh sesuatu "senjata" itu. Keupayaan anda untuk mengetahui "kelebihan-kelebihan" yang dimiliki oleh sesuatu "senjata" itu pula bergantung kepada "tujuan pergerakan" anda. Itu pasal saya cakap, setiap pergerakan ada tujuan. Apabila anda tidak mengetahui "tujuan pergerakan" itu, apa jua "kelebihan-kelebihan" yang dimiliki oleh sesuatu "senjata" itu tidak dapat digunakan sepenuhnya. Dan inilah PUNCA PERTAMA kekalahan juara-juara catur.

Secara ringkasnya untuk anda memahami RAHSIA NO 1 ini, anda boleh lihat gambaran ringkas konsepnya dibawah :


  • 1 STEP PERTAMA PERGERAKAN ANDA MESTI BETUL


  • SETIAP PERGERAKAN "SENJATA" ANDA TELAH DIKENAL PASTI KELEBIHAN-KELEBIHANNYA


  • SETIAP PERGERAKAN "SENJATA" ANDA MENGGUNAKAN SEPENUHNYA KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG DIMILIKINYA


  • SETIAP PERGERAKAN "SENJATA" ANDA MEMPUNYAI "TUJUAN YANG JELAS" AGAR MATLAMAT UTAMA TERCAPAI ( "BUNUH" KING PIHAK LAWAN )


  • SETIAP PENGGUNAAN "SENJATA" ANDA BERGANTUNG KEPADA SETIAP PENGGUNAAN "SENJATA" PIHAK LAWAN





No comments: