Sunday, December 27, 2009

PENGUMUMAN PENTING UNTUK PEMINAT-PEMINAT CATUR !!!

PERHATIAN !!!

Laman blog RAHSIA MENJADI JUARA CATUR  ini iaitu http://juaracatur2009.blogspot.com/  telah dipindahkan ke laman blog baru kami, iaitu BIJAK CATUR di http://bijakcatur2010.blogspot.com/ sempena menyambut tahun baru 2010. Segala kesulitan amatlah dikesali. Harap maklum...

" SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU "
Jangan lupa layari laman blog catur ini...

Monday, December 07, 2009

TAKTIK PERANG PSIKOLOGI NO.1

NO.1
ADAKAH ANDA "BERANI KALAH" ?

Salam hebat dan luar biasa sekali anda semua... Apa kaba ? Harap anda semua sihat-sihat belaka. Saya mohon maaf banyak2 kerana dah lama sangat tak menulis dalam blog ni. Sebenarnya, saya baru jer balik dari pelayaran di LANGKAWI baru-baru ni. Biasalah... Apa lagi kalau bukan program LIMA LANGKAWI tu. Ok... Tanpa melengahkan masa, malam ni saya nak kongsi beberapa "Taktik Perang Psikologi" dengan anda. InsyaAllah... Saya jamin anda akan menjadi "Juara Catur Tak Terpandang" dengan syarat diamalkan semua taktik2 ni. Pasal apa? Pasal saya dah buktikan pun...

" Tahukah anda apabila anda fokus pada MINDA BAWAH SEDAR ( mental - psikologi ), anda telah menguasai 90% kejayaan. Selebihnya, iaitu 10% lagi hanyalah bergantung kepada SKIL dan STRATEGI masing-masing "
                                                                                                           - Juara Catur Tak Terpandang

Dalam dunia catur saya, tiada istilah KALAH. Yang ada HANYA istilah MENANG sahaja. Biasanya tiap2 kali saya bertanding, saya akan fokuskan minda bawah sedar saya kepada "BERANI KALAH". Pasal apa? Pasal saya tau maksud sebenar "berani kalah" tu. Dan sepertimana yang anda sedia maklum, mengetahui sesuatu yang orang lain tak tahu adalah SATU KELEBIHAN. Ok... "Berani Kalah" disini bermaksud TIDAK TAKUT KALAH. Aik... Macam mana tu. Begini... Bila saya bertemu lawan yang hebat, saya sering berkata-kata kepada diri saya sendiri bahawa "SAYA TIDAK TAKUT KALAH". Bukan sekali tau... Kena ucap berulang kali. Apabila minda bawah sedar saya dapat "tangkap" apa yang saya ucapkan itu, akhirnya secara tak langsung saya telah memiliki 90% kemenangan. Keyakinan saya bertambah kuat. Motivasi dalaman saya menjadi hebat. Dan yang paling penting, saya telah "menang" secara psikologinya.

" Menang bermaksud TIDAK TAKUT KALAH @ BERANI KALAH. Maknanya, selagi saya tidak takut kalah atau berani kalah, selagi itulah saya menang. Inilah yang dikatakan kemenangan berkekalan bagi seorang juara sejati dimana ramai Juara-Juara Catur Terpandang tak tahu... "
                                                                                                          -  Juara Catur Tak Terpandang

Apabila anda memasuki satu2 pertandingan, anda MESTI TAHU anda akan berkesudahan dengan 2 KEMUNGKINAN. Pertama, MENANG. Kedua, KALAH. Jadi, apa yang anda nak takutkan sangat. Kalau anda menang, bermakna anda lawan anda kalah. Kalau anda kalah, bermakna lawan anda menang. Jadi, apa anda nak risaukan sangat. Yang pasti akan terjadi 2 PERKARA ni. Oleh kerana itu, suka saya ingatkan anda pada malam ni, tidak kira anda bermain sehebat mana pun, sepakar mana pun, yang pasti akan terjadi 2 PERKARA ni iaitu MENANG @ KALAH. So, yang penting sekarang, anda MESTI fokuskan minda bawah sedar anda pada "PRINSIP PSIKOLOGI NO 1" ni terlebih dahulu sebelum bertanding. InsyaAllah... Anda akan menjadi Juara Catur Tak Terpandang. Bukan angan2. Tapi kenyataan. Saya dah buktikan...

" Kalah yang sebenar bermaksud anda TIDAK BERANI MENCUBA. Ingat!!! Selagi anda berani mencuba, selagi itulah anda TIDAK DIKATAKAN KALAH @ PENGECUT. Jadi, tanam prinsip ini kukuh-kukuh dalam hati anda. InsyaAlah... Anda akan memperolehi KEBERANIAN YANG LUAR BIASA untuk memenangi pertandingan catur "
                                                                                                         -  Juara Catur Tak Terpandang