Thursday, November 12, 2009

TAKTIK "MEMBINA PERANGKAP" MENGGUNAKAN KUASA UNDANG-UNDANG

BAGAIMANA MEMBUAT "PERANGKAP" KE ATAS LAWAN DENGAN BIJAK

Salam motivasi dan hebat sekali untuk anda semua... Bertemu kita lagi malam Jumaat ni dalam blog "RAHSIA MENJADI JUARA CATUR" - dibawa khas oleh sailorman . Untuk post kali ni, saya nak kongsikan dengan anda satu lagi rahsia penting yang MESTI anda ketahui sebelum bergelar juara. Apa dia? Ya... Tepat sekali !!! KUASA UNDANG-UNDANG. Mungkin anda sudah mengetahui HAL ini. Tapi ramai yang memandang remeh HAL ni. Itu pasal ramai yang tewas. Didalam hidup kita pun, ada undang-undang. Ia bertujuan untuk memberi kestabilan dan keadilan kepada kita semua. Begitu juga dengan dunia catur. Ia juga mempunyai undang-undang tersendiri. Ingat !!! Selagi anda tidak belajar untuk memahami undang-undang dalam permainan catur, selagi itulah anda tidak akan berjaya meningkatkan tahap keupayaan anda. Ini kerana semua juara-juara catur "tak terpandang" amat memahami kuasa undang-undang permainan catur.
" Jangan bermimpi untuk anda bergelar juara catur selagi anda tidak memahami undang-undang dalam permainan ni "
- sailorman

Apa yang perlu anda pelajari tentang kuasa undang-undang ni adalah APA YANG DIBENARKAN dan APA YANG DILARANG dalam permainan ini. Inilah sebab utama kenapa ramai juara catur tewas dalam satu-satu pertandingan. Jika dilihat pada skil dan taktik permainan yang dipertontonkan oleh juara-juara catur, semua tampak hebat-hebat belaka. Tapi sayang, mereka kurang mengambil berat tentang PERATURAN PERTANDINGAN - APA YANG DIBENARKAN dan APA YANG DILARANG. Ini menyebabkan mereka telah memberi "peluang keemasan" kepada juara-juara catur "tak terpandang" untuk membina "perangkap" ke atas mereka. Akhirnya, "perangkap" berkenaan telah menewaskan mereka dengan begitu aib dan memalukan sekali. Sebagai contoh, juara-juara catur "terpandang" TAHU cara "KNIGHT" bergerak dan "makan" secara HURUF L. Jadi, mereka berfikir selagi "musuh" berada dalam lingkungan HURUF L, mereka akan berjaya "makan". Tapi mereka TIDAK FAHAM bahawa juara-juara catur "tak terpandang" tidak kisah sangat jika "KNIGHT" yang dimiliki diberi "makan" asalkan "king musuh" berjaya dibunuh (checkmate). Ini bermakna juara-juara catur "tak terpandang" lebih fokus untuk "membunuh king musuh" berbanding juara-juara catur "terpandang" yang lebih menumpukan untuk "makan". Nampak tak perbezaannya ? Ini baru satu contoh. Banyak lagi contoh-contoh lain.
" Undang-undang catur bermaksud anda memahami apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang dalam permainan ni "
- sailorman

Ingat !!! Anda sedang belajar untuk menjadi Juara Catur Yang Sebenar iaitu "Juara Catur Tak Terpandang". Jadi, anda mesti memahami apa yang dibenarkan (dilakukan) dan apa yang dilarang (tidak dilakukan) oleh "Si Juara Catur Tak Terpandang". Sebagaimana anda boleh memahami dan mematuhi undang-undang jalan raya seperti papan tanda lampu isyarat jalan ( merah - kuning - hijau ), begitu juga dengan undang-undang catur ni. Jika anda melanggar undang-undang, bermakna anda sengaja menempuh kekalahan. Ok... Untuk memudahkan anda memahami kuasa undang-undang ni, saya akan berikan beberapa lagi contoh di bawah :
APA YANG DIBENARKAN (DILAKUKAN) OLEH SI JUARA CATUR SEBENAR

  • Fokus untuk membunuh "king lawan"


  • Bergerak dengan tujuan yang jelas


  • Setiap pergerakan ada "back up"..."back up"... "back up"... ( 3 x back up )


  • Hargai setiap nyawa "senjata" yang dimiliki


  • Bunuh terus ( KO TERUS ) "senjata" musuh yang merbahaya tanpa banyak soal


  • Hargai masa 1 saat ( 1 step pergerakan ) untuk menembusi "pertahanan" lawan @ "checkmate" kan "king lawan"

APA YANG DILARANG (TIDAK DILAKUKAN) OLEH SI JUARA CATUR SEBENAR

  • Fokus untuk membunuh SEMUA "senjata lawan" tanpa sebab yang jelas


  • Bergerak TANPA tujuan yang jelas atau HILANG ARAH


  • Membina "back up" yang tidak cukup kuat dan mudah ditembusi ( 1 x back up SAHAJA )


  • Setiap nyawa "senjata" yang dimiliki diberi "makan" sesuka hati dan sesedap rasa tanpa sebab yang jelas


  • Suka simpan "senjata" musuh yang merbahaya walaupun menyedari "senjata" berkenaan mampu menghuru-harakan "pertahanan" yang telah dibina


  • TIDAK manfaatkan sepenuhnya masa 1 saat untuk "menyerang" @ melakukan "checkmate" ke atas "king lawan"


Ok... Saya harap apa yang dikongsi ni bukan sekadar dibaca sahaja. Yang paling penting adalah MESTI DIPRAKTIKKAN TERUS. InsyaAllah... Dengan berbuat demikian, peluang untuk anda bergelar juara catur adalah sangat tinggi. Telah terbukti !!!
" Apabila anda berjaya menguasai emosi, BERMAKNA anda telah berjaya menguasai permainan. Dan apabila anda telah berjaya menguasai permainan, BERMAKNA anda akan menjadi JUARA CATUR
- sailorman
Tahukah anda sebenarnya sekarang anda hanya mengetahui 10% SAHAJA rahsia menjadi juara catur ? 90% rahsia lagi saya masih simpan. InsyaAllah... Pada post akan datang, saya akan kongsikan dengan anda "Bagaimana Menjadi Juara Catur Sebenar Melalui Taktik Perang Psikologi ?" Dan inilah 90% rahsia yang saya maksudkan itu ( tunggu tau... jangan lupa untuk baca keluaran akan datang pasal ia merupakan 90% rahsia kejayaan saya menjadi juara catur "tak terpandang"... ) . Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Dan setiap ilmu yang anda pelajari disini, jangan lupa tau untuk sebarkan kepada kawan-kawan lak. Pasal saya mahu ilmu ini diwarisi oleh seluruh Juara-Juara Catur Sedunia. Ok... Wassalam

Wednesday, November 04, 2009

TAKTIK "PERANG VIETNAM" GAYA RAMBO

BAGAIMANA MEMBUAT SERANGAN KO (KNOCKOUT) KE ATAS LAWAN MENGGUNAKAN SENJATA "PISAU"
Salam motivasi dan hebat sekali untuk anda semua... Malam ni saya akan berkongsi dengan anda tentang satu lagi taktik hebat yang saya gunakan dalam permainan catur iaitu taktik "perang vietnam" gaya rambo. Pernah tak anda menonton filem Rambo? Jika pernah, anda mesti tau kan serba sedikit tentang beliau. Jika tak pernah, saya akan dedahkan kepada anda bagaimana strategi "perang vietnam" yang dilakukan oleh Rambo boleh diadaptasikan dalam permainan catur. Tahukah anda, Rambo merupakan "best of the best" di kalangan anggota-anggota Komando ? Jika kita mendengar nama komando pun, kita dah "kecut perut" memikirkan betapa perkasa dan hebatnya mereka kerana tergolong dalam pasukan elit negara, Rambo pula berupaya "mengecutkan perut" anggota-anggota Komando. Pasal apa? Pasal Rambo adalah anggota komando yang terbaik di kalangan yang terbaik. Jadi, cuba anda bayangkan... Mengapa Rambo boleh menjadi begitu hebat walaupun hanya menggunakan senjata pisau ? Pasal beliau tahu menggunakan sepenuhnya kehebatan senjata pisau yang dimiliki itu. Contohnya, dalam sebuah filem tu, beberapa anggota komando elit terbaik telah dikerahkan untuk membunuh Rambo dengan bersenjatakan yang hebat-hebat belaka. Walaupun pada masa berkenaan ( sewaktu diburu ), Rambo hanya mempunyai senjata pisau sahaja, tetapi beliau tahu menggunakan sepenuhnya "kuasa membunuh" yang dimiliki oleh senjata itu. Beliau tahu pisau berupaya membunuh musuh dengan efektif jika musuh berada di "kawasan sasaran" yang menyebabkan musuh menjadi "lemah" seperti dalam air, dalam lumpur, dalam pokok, dalam rimbunan pokok, bawah tanah, bawah rumput dan sebagainya. Pendek kata, apabila beliau berjaya mengumpan musuh memasuki "kawasan sasaran", ini bermakna 95% kejayaan untuk membunuh musuh telah beliau perolehi. Tinggal 5% lagi kejayaan yang perlu dicapai iaitu beliau mesti "mengasingkan" setiap musuh berkenaan agar berada berjauhan antara satu sama lain bertujuan mengelak musuh bersatu. Dengan berbuat demikian, akhirnya beliau berjaya "membunuh" musuh satu-persatu. Inilah hebatnya taktik "perang vietnam", iaitu taktik yang berupaya membunuh lawan yang bersenjatakan yang hebat-hebat dengan menggunakan senjata pisau sahaja. Ok... Selepas ni, saya akan menceritakan pula bagaimana taktik "perang vietnam" ni diadaptasikan dalam permainan catur.
" Kejayaan Rambo membunuh dengan bersenjatakan pisau kerana beliau tahu CARA UNTUK MENGUMPAN musuh-musuhnya agar memasuki "kawasan sasaran" yang ditetapkan beliau sendiri seperti dalam air, bawah tanah, dalam pokok, dalam semak, dalam lumpur dan sebagainya. Ini kerana apabila musuh-musuhnya telah memasuki "kawasan sasaran" 95% kemenangan telah beliau perolehi. 5% kemenangan lagi beliau perolehi apabila berjaya "mengasingkan" setiap musuh-musuhnya agar berada berjauhan antara satu sama lain "
- sailorman
Di dalam dunia catur saya, apabila saya ingin menggunakan taktik "perang vietnam" gaya rambo ni, PERTAMA saya akan membuat "umpan" terlebih dahulu. Kebanyakan umpan yang saya buat biasanya terdiri daripada "senjata pistol knight" atau "senjata pistol bishop". Saya tau apabila lawan mula makan umpan yang saya buat ni, "senjata pisau" saya akan berjaya menembusi pertahanan lawan. KEDUA, apabila "senjata pisau" saya berjaya menembusi pertahanan lawan, ia akan menyebabkan "senjata-senjata lawan" saya memasuki "kawasan sasaran" dimana merupakan "perangkap" yang direka khas untuk "membunuh". KETIGA, apabila saya dapati "senjata-senjata lawan" telah memasuki "perangkap", saya akan "asingkan" setiap "senjata lawan" berkenaan agar tidak bersatu antara satu sama lain. Tujuannya agar "kekuatan" yang dimiliki oleh "senjata-senjata lawan" itu menjadi "lemah". KEEMPAT, untuk membunuh "king lawan" secara KO ( KNOCKOUT ), saya akan menggunakan sepenuhnya "senjata bom queen" kerana kelebihan senjata ini dapat "membunuh" dalam masa 1 saat sahaja. Kebiasaannya, apabila saya mempunyai masa 1 saat sahaja lagi untuk "checkmate" kan "king lawan" dengan menggunakan "senjata bom queen" yang digabungkan dengan "senjata pisau", saya dapati "senjata-senjata lawan" saya gemar "membunuh diri". Ini kerana "mereka" telah berada dalam "kawasan sasaran" @ "perangkap" yang direka khas untuk "membunuh". Akhirnya saya berjaya "membunuh" semua "senjata-senjata lawan" dengan mudah sekali sebelum membuat "checkmate" ke atas "king lawan". Untuk makluman anda, apabila saya berjaya "checkmate" kan "king lawan", saya gemar menyebut 2 PERKATAAN BERKUASA ini iaitu KO ( KNOCKOUT) dimana istilah ini digunakan dalam pertandingan tinju siam apabila lawan berjaya ditumbangkan dengan sekali pukulan atau hentakan. Ini kerana apabila saya menyebut KO setiap kali berjaya membuat "checkmate" ke atas juara-juara catur "terpandang", saya akan memperolehi satu kepuasan yang tak terhingga. Jika anda tak percaya, cubalah...
"Sebut dengan kuat perkataan KO ( KNOCKOUT ) setiap kali anda berjaya membuat "checkmate" ke atas lawan-lawan hebat anda. InsyaAllah... Dengan berbuat demikian, anda akan memperolehi satu kepuasan yang tak terhingga. Inilah kuasa perang psikologi ke atas minda lawan yang jarang diketahui umum"
- sailorman

Kesimpulannya, untuk melakukan taktik "perang vietnam" gaya Rambo ni, anda MESTI :

  1. Mengumpan senjata-senjata lawan agar memasuki kawasan sasaran @ perangkap terlebih dahulu


  2. Mengasingkan setiap senjata berkenaan antara satu sama lain agar tidak bersatu


  3. Membunuh senjata lawan dalam masa 1 saat dengan menggunakan "Mesin Pembunuh No 1 - Senjata Bom Queen" yang anda miliki sebelum membuat KO ( knockout ) ke atas "king lawan" ( checkmate )



Sunday, November 01, 2009

TAKTIK "PERANG SNIPER" GAYA BRUCE LEE

BAGAIMANA MEMBUAT "SERANGAN BALAS DALAM MASA 1 SAAT SAMBIL BERTAHAN" APABILA AKAN DISERANG LAWAN
Salam semua... Harap anda semua ceria-ceria selalu sempena menyambut bulan November ni, iaitu bulan bakal kita meraikan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Ok... Bulan baru, semangat baru dan matlamat pun mestilah baru. Contohnya nak menjadi Juara Catur dalam pertandingan ker. Atau nak mendalami lagi ilmu-ilmu catur dalam blog ni ker. Yang penting, anda mesti mempunyai "hala tuju yang jelas". Ok.. Pernah tak anda menonton filem-filem yang dilakonkan oleh Bruce Lee ? Ala... Filem yang memaparkan aksi-aksi seni pertahanan diri yang dilakonkan sendiri oleh beliau. Mesti anda dah tengok kan. Tapi tengok saje lah kan tanpa mendapat apa-apa manfaat. Sebenarnya, saya telah menjadikan pelakon kegemaran saya tu sebagai MOTIVASI untuk mencipta sebuah "TAKTIK PERANG SNIPER" atau lebih dikenali sebagai "serangan balas dalam masa 1 saat sambil bertahan" apabila akan diserang lawan.

Jika anda perhatikan, setiap kali Bruce Lee akan diserang lawan dengan menggunakan pelbagai jenis senjata seperti pedang, kayu, pisau atau tangan kosong, beliau akan "membuat serangan balas dalam masa 1 saat" sambil "menepis" di mana serangan itu menyebabkan lawan terus KNOCKOUT (KO). Suka saya ingatkan disini, maksud AKAN DISERANG BERBEZA tau dengan maksud TELAH DISERANG. Pasal apabila ANDA TELAH DISERANG bermakna lawan BERJAYA "menyentuh" @ "mencederakan" anda. Tetapi apabila ANDA AKAN DISERANG pula bermakna lawan TAK SEMPAT "menyentuh" @ "mencederakan" anda. Harap anda faham sebelum saya menerangkan lebih ditir bagaimana menggunakan teknik pelakon kegemaran saya tu dalam "TAKTIK PERANG SNIPER" sekejap lagi ( jangan lupa tau baca sampai habis...jika tak susahlah anda nak faham ).
" Makna AKAN DISERANG berbeza tau dengan makna TELAH DISERANG. Pasal apabila anda AKAN DISERANG, anda masih berpeluang untuk membuat serangan balas. Tetapi apabila anda TELAH DISERANG, anda tidak akan akan berpeluang langsung untuk hidup apatah lagi membuat serangan balas. Ini disebabkan masa yang diperuntukkan untuk anda beraksi adalah 1 SAAT sahaja "
- sailorman

BAGAIMANA MELAKUKAN TAKTIK "PERANG SNIPER" GAYA BRUCE LEE

Didalam dunia catur saya, untuk memastikan kemenangan sentiasa diperolehi, saya akan MEMANFAATKAN MASA 1 SAAT dengan sebaik-baiknya. Sebagai contoh, apabila saya bertemu lawan yang suka "membuat serangan berbahaya" saya akan menggunakan taktik "perang sniper" gaya Bruce Lee ni. Taktik yang lebih dikenali sebagai Taktik "Membuat Serangan Balas Dalam Masa 1 SAAT sambil Bertahan" apabila akan diserang lawan jarang benar mengecewakan saya. "Senjata-senjata" yang saya miliki seolah-olah menjadi "kebal" apabila diserang oleh "senjata-senjata hebat" lawan. Bayangkan... Walaupun "senjata bom" yang saya miliki "diugut bunuh" oleh "senjata pisau" lawan, saya tetap "tidak berganjak" atau "berundur" selagi saya mempunyai masa 1 SAAT untuk "membuat serangan balas" dengan menggunakan "senjata-senjata" lain yang masih dimiliki. Saya tahu, lawan TIDAK AKAN SEMPAT "bunuh" apa jua "senjata" yang saya miliki selagi saya dapat membuat "checkmate" ke atas "king lawan" atau menghampiri sasaran untuk "checkmate king lawan". Saya juga tahu lawan TIDAK AKAN SEMPAT membuat "susunan pertahanan" dengan baik selagi saya dapat "membuat serangan balas" dengan menggunakan "senjata-senjata yang lain" yang masih dimiliki walaupun saya terpaksa mengorbankan "senjata bom" demi mencuri masa 1 SAAT daripada lawan. Itu pasal, lawan saya akan menjadi "pelik bin ajaib" apabila saya sanggup "tidak berundur" walaupun yang "diserang" itu merupakan "senjata hebat" yang saya miliki. Prinsip saya mudah jer... Selagi saya dapat manfaat daripada MASA 1 SAAT, saya sanggup "bertahan" kerana saya telah berjaya "membuat serangan balas" terlebih dahulu apabila akan diserang, sebelum membuat "back up" atau "pertahanan".

  • Sekiranya saya mengamalkan taktik "bertahan" dahulu sebelum "membuat serangan balas" apabila akan diserang lawan, saya akan menghadapi risiko kalah. Pasal masa yang diambil telah melebihi 1 SAAT di mana masa 1 SAAT ini amat penting bagi saya terutama apabila bertemu lawan sehebat komputer catur LEVEL 9 ( direka oleh Richard Lang, Juara Dunia 10 KALI ) dimana komputer catur ini tidak akan bagi saya peluang "bernafas 1 saat" pun apabila menyerang.


  • Tetapi jika "membuat serangan balas" terlebih dahulu sebelum membuat "back up" saya PASTI BERJAYA menembusi "benteng pertahanan" lawan kerana masa yang diambil adalah 1 SAAT sahaja. Jadi, tidak hairanlah mengapa pelakon kegemaran saya, iaitu Bruce Lee itu berjaya menjadi lagenda dalam dunia seni pertahanan diri - JUARA YANG TAK TERKALAH. Pasal beliau tahu macam mana nak manfaatkan masa 1 SAAT itu untuk menumbangkan lawan tanpa sempat membalas serangan ( KO ).

" Ingat... Selagi anda berjaya membuat serangan balas terlebih dahulu sebelum membuat pertahanan apabila akan diserang lawan, bermakna anda telah berjaya mencuri masa 1 SAAT daripada lawan. Dan masa 1 SAAT ini amat penting untuk anda menembusi benteng pertahanan lawan "
- sailorman