Wednesday, November 04, 2009

TAKTIK "PERANG VIETNAM" GAYA RAMBO

BAGAIMANA MEMBUAT SERANGAN KO (KNOCKOUT) KE ATAS LAWAN MENGGUNAKAN SENJATA "PISAU"
Salam motivasi dan hebat sekali untuk anda semua... Malam ni saya akan berkongsi dengan anda tentang satu lagi taktik hebat yang saya gunakan dalam permainan catur iaitu taktik "perang vietnam" gaya rambo. Pernah tak anda menonton filem Rambo? Jika pernah, anda mesti tau kan serba sedikit tentang beliau. Jika tak pernah, saya akan dedahkan kepada anda bagaimana strategi "perang vietnam" yang dilakukan oleh Rambo boleh diadaptasikan dalam permainan catur. Tahukah anda, Rambo merupakan "best of the best" di kalangan anggota-anggota Komando ? Jika kita mendengar nama komando pun, kita dah "kecut perut" memikirkan betapa perkasa dan hebatnya mereka kerana tergolong dalam pasukan elit negara, Rambo pula berupaya "mengecutkan perut" anggota-anggota Komando. Pasal apa? Pasal Rambo adalah anggota komando yang terbaik di kalangan yang terbaik. Jadi, cuba anda bayangkan... Mengapa Rambo boleh menjadi begitu hebat walaupun hanya menggunakan senjata pisau ? Pasal beliau tahu menggunakan sepenuhnya kehebatan senjata pisau yang dimiliki itu. Contohnya, dalam sebuah filem tu, beberapa anggota komando elit terbaik telah dikerahkan untuk membunuh Rambo dengan bersenjatakan yang hebat-hebat belaka. Walaupun pada masa berkenaan ( sewaktu diburu ), Rambo hanya mempunyai senjata pisau sahaja, tetapi beliau tahu menggunakan sepenuhnya "kuasa membunuh" yang dimiliki oleh senjata itu. Beliau tahu pisau berupaya membunuh musuh dengan efektif jika musuh berada di "kawasan sasaran" yang menyebabkan musuh menjadi "lemah" seperti dalam air, dalam lumpur, dalam pokok, dalam rimbunan pokok, bawah tanah, bawah rumput dan sebagainya. Pendek kata, apabila beliau berjaya mengumpan musuh memasuki "kawasan sasaran", ini bermakna 95% kejayaan untuk membunuh musuh telah beliau perolehi. Tinggal 5% lagi kejayaan yang perlu dicapai iaitu beliau mesti "mengasingkan" setiap musuh berkenaan agar berada berjauhan antara satu sama lain bertujuan mengelak musuh bersatu. Dengan berbuat demikian, akhirnya beliau berjaya "membunuh" musuh satu-persatu. Inilah hebatnya taktik "perang vietnam", iaitu taktik yang berupaya membunuh lawan yang bersenjatakan yang hebat-hebat dengan menggunakan senjata pisau sahaja. Ok... Selepas ni, saya akan menceritakan pula bagaimana taktik "perang vietnam" ni diadaptasikan dalam permainan catur.
" Kejayaan Rambo membunuh dengan bersenjatakan pisau kerana beliau tahu CARA UNTUK MENGUMPAN musuh-musuhnya agar memasuki "kawasan sasaran" yang ditetapkan beliau sendiri seperti dalam air, bawah tanah, dalam pokok, dalam semak, dalam lumpur dan sebagainya. Ini kerana apabila musuh-musuhnya telah memasuki "kawasan sasaran" 95% kemenangan telah beliau perolehi. 5% kemenangan lagi beliau perolehi apabila berjaya "mengasingkan" setiap musuh-musuhnya agar berada berjauhan antara satu sama lain "
- sailorman
Di dalam dunia catur saya, apabila saya ingin menggunakan taktik "perang vietnam" gaya rambo ni, PERTAMA saya akan membuat "umpan" terlebih dahulu. Kebanyakan umpan yang saya buat biasanya terdiri daripada "senjata pistol knight" atau "senjata pistol bishop". Saya tau apabila lawan mula makan umpan yang saya buat ni, "senjata pisau" saya akan berjaya menembusi pertahanan lawan. KEDUA, apabila "senjata pisau" saya berjaya menembusi pertahanan lawan, ia akan menyebabkan "senjata-senjata lawan" saya memasuki "kawasan sasaran" dimana merupakan "perangkap" yang direka khas untuk "membunuh". KETIGA, apabila saya dapati "senjata-senjata lawan" telah memasuki "perangkap", saya akan "asingkan" setiap "senjata lawan" berkenaan agar tidak bersatu antara satu sama lain. Tujuannya agar "kekuatan" yang dimiliki oleh "senjata-senjata lawan" itu menjadi "lemah". KEEMPAT, untuk membunuh "king lawan" secara KO ( KNOCKOUT ), saya akan menggunakan sepenuhnya "senjata bom queen" kerana kelebihan senjata ini dapat "membunuh" dalam masa 1 saat sahaja. Kebiasaannya, apabila saya mempunyai masa 1 saat sahaja lagi untuk "checkmate" kan "king lawan" dengan menggunakan "senjata bom queen" yang digabungkan dengan "senjata pisau", saya dapati "senjata-senjata lawan" saya gemar "membunuh diri". Ini kerana "mereka" telah berada dalam "kawasan sasaran" @ "perangkap" yang direka khas untuk "membunuh". Akhirnya saya berjaya "membunuh" semua "senjata-senjata lawan" dengan mudah sekali sebelum membuat "checkmate" ke atas "king lawan". Untuk makluman anda, apabila saya berjaya "checkmate" kan "king lawan", saya gemar menyebut 2 PERKATAAN BERKUASA ini iaitu KO ( KNOCKOUT) dimana istilah ini digunakan dalam pertandingan tinju siam apabila lawan berjaya ditumbangkan dengan sekali pukulan atau hentakan. Ini kerana apabila saya menyebut KO setiap kali berjaya membuat "checkmate" ke atas juara-juara catur "terpandang", saya akan memperolehi satu kepuasan yang tak terhingga. Jika anda tak percaya, cubalah...
"Sebut dengan kuat perkataan KO ( KNOCKOUT ) setiap kali anda berjaya membuat "checkmate" ke atas lawan-lawan hebat anda. InsyaAllah... Dengan berbuat demikian, anda akan memperolehi satu kepuasan yang tak terhingga. Inilah kuasa perang psikologi ke atas minda lawan yang jarang diketahui umum"
- sailorman

Kesimpulannya, untuk melakukan taktik "perang vietnam" gaya Rambo ni, anda MESTI :

  1. Mengumpan senjata-senjata lawan agar memasuki kawasan sasaran @ perangkap terlebih dahulu


  2. Mengasingkan setiap senjata berkenaan antara satu sama lain agar tidak bersatu


  3. Membunuh senjata lawan dalam masa 1 saat dengan menggunakan "Mesin Pembunuh No 1 - Senjata Bom Queen" yang anda miliki sebelum membuat KO ( knockout ) ke atas "king lawan" ( checkmate )



No comments: