Thursday, November 12, 2009

TAKTIK "MEMBINA PERANGKAP" MENGGUNAKAN KUASA UNDANG-UNDANG

BAGAIMANA MEMBUAT "PERANGKAP" KE ATAS LAWAN DENGAN BIJAK

Salam motivasi dan hebat sekali untuk anda semua... Bertemu kita lagi malam Jumaat ni dalam blog "RAHSIA MENJADI JUARA CATUR" - dibawa khas oleh sailorman . Untuk post kali ni, saya nak kongsikan dengan anda satu lagi rahsia penting yang MESTI anda ketahui sebelum bergelar juara. Apa dia? Ya... Tepat sekali !!! KUASA UNDANG-UNDANG. Mungkin anda sudah mengetahui HAL ini. Tapi ramai yang memandang remeh HAL ni. Itu pasal ramai yang tewas. Didalam hidup kita pun, ada undang-undang. Ia bertujuan untuk memberi kestabilan dan keadilan kepada kita semua. Begitu juga dengan dunia catur. Ia juga mempunyai undang-undang tersendiri. Ingat !!! Selagi anda tidak belajar untuk memahami undang-undang dalam permainan catur, selagi itulah anda tidak akan berjaya meningkatkan tahap keupayaan anda. Ini kerana semua juara-juara catur "tak terpandang" amat memahami kuasa undang-undang permainan catur.
" Jangan bermimpi untuk anda bergelar juara catur selagi anda tidak memahami undang-undang dalam permainan ni "
- sailorman

Apa yang perlu anda pelajari tentang kuasa undang-undang ni adalah APA YANG DIBENARKAN dan APA YANG DILARANG dalam permainan ini. Inilah sebab utama kenapa ramai juara catur tewas dalam satu-satu pertandingan. Jika dilihat pada skil dan taktik permainan yang dipertontonkan oleh juara-juara catur, semua tampak hebat-hebat belaka. Tapi sayang, mereka kurang mengambil berat tentang PERATURAN PERTANDINGAN - APA YANG DIBENARKAN dan APA YANG DILARANG. Ini menyebabkan mereka telah memberi "peluang keemasan" kepada juara-juara catur "tak terpandang" untuk membina "perangkap" ke atas mereka. Akhirnya, "perangkap" berkenaan telah menewaskan mereka dengan begitu aib dan memalukan sekali. Sebagai contoh, juara-juara catur "terpandang" TAHU cara "KNIGHT" bergerak dan "makan" secara HURUF L. Jadi, mereka berfikir selagi "musuh" berada dalam lingkungan HURUF L, mereka akan berjaya "makan". Tapi mereka TIDAK FAHAM bahawa juara-juara catur "tak terpandang" tidak kisah sangat jika "KNIGHT" yang dimiliki diberi "makan" asalkan "king musuh" berjaya dibunuh (checkmate). Ini bermakna juara-juara catur "tak terpandang" lebih fokus untuk "membunuh king musuh" berbanding juara-juara catur "terpandang" yang lebih menumpukan untuk "makan". Nampak tak perbezaannya ? Ini baru satu contoh. Banyak lagi contoh-contoh lain.
" Undang-undang catur bermaksud anda memahami apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang dalam permainan ni "
- sailorman

Ingat !!! Anda sedang belajar untuk menjadi Juara Catur Yang Sebenar iaitu "Juara Catur Tak Terpandang". Jadi, anda mesti memahami apa yang dibenarkan (dilakukan) dan apa yang dilarang (tidak dilakukan) oleh "Si Juara Catur Tak Terpandang". Sebagaimana anda boleh memahami dan mematuhi undang-undang jalan raya seperti papan tanda lampu isyarat jalan ( merah - kuning - hijau ), begitu juga dengan undang-undang catur ni. Jika anda melanggar undang-undang, bermakna anda sengaja menempuh kekalahan. Ok... Untuk memudahkan anda memahami kuasa undang-undang ni, saya akan berikan beberapa lagi contoh di bawah :
APA YANG DIBENARKAN (DILAKUKAN) OLEH SI JUARA CATUR SEBENAR

  • Fokus untuk membunuh "king lawan"


  • Bergerak dengan tujuan yang jelas


  • Setiap pergerakan ada "back up"..."back up"... "back up"... ( 3 x back up )


  • Hargai setiap nyawa "senjata" yang dimiliki


  • Bunuh terus ( KO TERUS ) "senjata" musuh yang merbahaya tanpa banyak soal


  • Hargai masa 1 saat ( 1 step pergerakan ) untuk menembusi "pertahanan" lawan @ "checkmate" kan "king lawan"

APA YANG DILARANG (TIDAK DILAKUKAN) OLEH SI JUARA CATUR SEBENAR

  • Fokus untuk membunuh SEMUA "senjata lawan" tanpa sebab yang jelas


  • Bergerak TANPA tujuan yang jelas atau HILANG ARAH


  • Membina "back up" yang tidak cukup kuat dan mudah ditembusi ( 1 x back up SAHAJA )


  • Setiap nyawa "senjata" yang dimiliki diberi "makan" sesuka hati dan sesedap rasa tanpa sebab yang jelas


  • Suka simpan "senjata" musuh yang merbahaya walaupun menyedari "senjata" berkenaan mampu menghuru-harakan "pertahanan" yang telah dibina


  • TIDAK manfaatkan sepenuhnya masa 1 saat untuk "menyerang" @ melakukan "checkmate" ke atas "king lawan"


Ok... Saya harap apa yang dikongsi ni bukan sekadar dibaca sahaja. Yang paling penting adalah MESTI DIPRAKTIKKAN TERUS. InsyaAllah... Dengan berbuat demikian, peluang untuk anda bergelar juara catur adalah sangat tinggi. Telah terbukti !!!
" Apabila anda berjaya menguasai emosi, BERMAKNA anda telah berjaya menguasai permainan. Dan apabila anda telah berjaya menguasai permainan, BERMAKNA anda akan menjadi JUARA CATUR
- sailorman
Tahukah anda sebenarnya sekarang anda hanya mengetahui 10% SAHAJA rahsia menjadi juara catur ? 90% rahsia lagi saya masih simpan. InsyaAllah... Pada post akan datang, saya akan kongsikan dengan anda "Bagaimana Menjadi Juara Catur Sebenar Melalui Taktik Perang Psikologi ?" Dan inilah 90% rahsia yang saya maksudkan itu ( tunggu tau... jangan lupa untuk baca keluaran akan datang pasal ia merupakan 90% rahsia kejayaan saya menjadi juara catur "tak terpandang"... ) . Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Dan setiap ilmu yang anda pelajari disini, jangan lupa tau untuk sebarkan kepada kawan-kawan lak. Pasal saya mahu ilmu ini diwarisi oleh seluruh Juara-Juara Catur Sedunia. Ok... Wassalam

No comments: